Soalan Lazim

Q :Adakah Akademi Mutawwif Sdn Bhd (AMSB) sama seperti Akademi Mutawwif di tempat-tempat yang lain?
A : AMSB merupakan syarikat latihan di bawah pengurusan dan kumpulan Johor Corporation dan hanya berpusat di Johor. Walaupun kedua-duanya menggunakan nama Akademi Mutawwif, tetapi adalah 2 organisasi yang berbeza

Q : Kalau begitu, apa objektif penubuhan AMSB?
A : Objektif utama penubuhan Akademi Mutawwif Sdn Bhd  adalah untuk melahirkan mutawwif profesional dalam kalangan jemaah dengan mentauliahkan mereka sejurus selesai menduduki Kursus anjuran kami.

Q : Boleh kami tahu, bagaimana Kursus Pensijilan Mutawwif dijalankan?
A : Kursus Pensijilan Mutawwif terdiri dari 3 fasa. Untuk menjadi mutawwif bertauliah, peserta perlu melalui ketiga-tiga fasa tersebut.

  • Fasa 1 : Peserta harus menghadiri Kursus Pensijilan Mutawwif selama 3 hari. Pada hari ketiga akan diadakan ujian bertulis. Peserta perlu menduduki ujian tersebut
  • Fasa 2 : Selepas sesi ujian, peserta dikehendaki menduduki sesi Temuduga. Sesi ini bertujuan untuk melihat kebolehan peserta berkomunikasi dengan jemaah sekiranya menjadi mutawwif.
  • Fasa 3 : Selesai fasa 1 & 2, peserta akan bersama-sama dengan tenaga pengajar untuk menunaikan umrah di samping menjalankan sesi praktikal. Fasa ketiga ini yang menentukan sama ada peserta mampu menjadi mutawwif atau tidak
Q : Maksudnya, selesai ketiga-tiga fasa tersebut, peserta akan dilantik menjadi mutawwif?
A : Ya.AMSB juga akan mengaturkan majlis untuk menyampaikan sijil kepada peserta yang telah berjaya di ketiga-tiga fasa tersebut. Kebiasannya, majlis akan diadakan setahun sekali. Dalam erti lain, ianya sama seperti Majlis Konvokesyen di universiti-universiti.

Q : Adakah AMSB menetapkan syarikat "travel" kepada setiap peserta selepas ditauliahkan?
A : AMSB hanya bertindak dalam melatih dan mentauliahkan peserta untuk menjadi mutawwif sahaja. Selebihnya, atas inisiatif peserta sendiri untuk memilih syarikat "travel" yang bersesuaian.

Q : Ada yang berpendapat, tidak menghadiri Kursus anjuran AMSB pun boleh jadi mutawwif. apa pendapat tuan?
A : Pihak AMSB memang tidak boleh menghalang individu tersebut dari berfikiran sedemikian. Memang benar, tidak menghadiri kursus kami masih boleh menjadi mutawwif, tetapi apa yang ingin kami tekankan disini, objektif utama kami adalah untuk melahirkan mutawwif yang bertauliah dan profesional. Syarikat "travel" memerlukan ramai mutawwif. Oleh itu, peserta yang telah ditauliahkan boleh membawa Sijil Tauliah ke syarikat "travel" tersebut. Mereka akan lebih yakin dengan adanya Sijil Tauliah dari kami.

Q : Yuran penyertaan adalah RM 500.00. Adakah termasuk penginapan dan kos menunaikan umrah untuk sesi praktikal?
A : Benar.Yuran penyertaan adalah RM 500.00, tetapi tidak termasuk kos penginapan. Pihak AMSB tidak menyediakan penginapan bagi peserta yang hadir. Berkaitan kos menjalani praktikal, peserta perlu menyediakan kos tersebut sendiri. Walaubagaimanapun, AMSB boleh membantu mendapatkan pinjaman dari Waqaf An-Nur Corporation Berhad sehingga RM 3,000.00. Bergantung pada terma dan syarat.